Novel ini mengisahkan kecekalan dan ketabahan seorang wanita bernama Hanim dalam mengharungi kehidupannya. Tema persahabatan yang utuh, nilai kekeluargaan yang erat dan kepentingan ilmu dan pelajaran diketengahkan dalam novel ini yang boleh dijadikan inspirasi dan panduan kepada pembaca. Suatu kegagalan yang dihadapi dalam kehidupan bukanlah penamat. Malah ia menjadi permulaan kepada sesuatu kejayaan. Wanita yang dilihat sebagai insan yang lemah sebenarnya kuat dan tabah dalam menghadapi kehidupan mereka. Novel ini pernah diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd. pada 2001.