Buku Risikan Penguatkuasaan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pembaca khususnya pegawai dan kakitangan yang bertugas dalam bidang sains kepolisan, penguatkuasaan, keselamatan dan undang-undang sama ada di sektor awam atau swasta.nHasil penulisan buku ini diharapkan pembaca akan lebih memahami dunia sains perisikan. Selain itu, ia turut memberi pendedahan kepada golongan profesional dan para pelajar dalam bidang ini. Buku ini juga merupakan panduan yang amat penting kepada pegawai dan kakitangan penguatkuasa dan keselamatan dalam menguruskan agensi penguatkuasaan mereka khususnya dalam mentadbir Jabatan Risikan mereka dengan lebih berkesan. Walaupun buku ini ditulis dengan ringkas, penulis berharap akan menjadi ilmu yang bermanfaat kepada pembaca sepanjang hayat.