UPM Press, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang Selangor
Add to Wishlist
Sale

Kaedah Pentafsiran M. Quraish Shibab dalam Tafsir al-Mishbah

Original price was: RM60.00.Current price is: RM48.00.

Kecenderungan ulama dalam penulisan karya sesuatu bidang ilmu pada setiap kurun bergantung kepada keadaan sosial masyarakat. Penulisan tentang kaedah tafsir telah lama diterokai oleh ulama bermula dari zaman Badr al-Din al-Zarkashi (1344-1392 M.) pada kurun ke-8 sehingga M. Quraish Shihab (I. 1944) pada kurun ke-21. Namun karya-karya seperti ini amat langka didapati pada rak-rak perpustakaan sehingga jauh sekali untuk dijadikan bahan kajian oleh para penuntut ilmu generasi masa kini. Meskipun terdapat mufasir Nusantara, seperti Teungku Hasbi al-Shiddieqi (1904-1975 M.) yang membincangkan kaedah tafsir, tetapi ia hanya termuat dalam perbahasan bab dalam buku dan merupakan terjemahan daripada kitab primer yang bersumber daripada bahasa Arab.
Fenomena ini sewajarnya tidak berlaku memandangkan kaedah tafsir merupakan salah satu alat bantu yang amat mustahak untuk dikuasai oleh seorang mufasir bagi mendapatkan panduan dalam mentafsirkan al-Quran selaras dengan kehendak syarak serta dapat dipertanggungjawabkan secara ilmiah. Malah kaedah tafsir yang tepat dapat membantu seseorang untuk berinteraksi dengan al-Quran, mengelak daripada melakukan kesilapan, membezakan antara pentafsiran yang benar dengan pentafsiran yang menyeleweng, meluaskan pandangan, menajamkan wacana pemikiran seorang mufasir dalam mempertimbangkan pendapat-pendapat lain selagi ia selaras dengan kaedah-kaedah yang telah dirumuskan oleh para ulama tafsir.
Mengisi kelompongan dan ketandusan ilmu yang berlaku, maka Quraish mengambil inisiatif menulis sebuah karya berkaitan kaedah tafsir al-Quran yang berjaya diterbitkan pada tahun 2013. Adapun buku yang berada di tangan pembaca ini menyajikan tentang kepentingan memahami dan menguasai kaedah tafsir. Terdapat 45 kaedah tafsir yang diekstrak daripada Tafsir AI-Mishbah untuk dijadikan panduan bagi mendapatkan kefahaman yang komprehensif dan holistik terhadap pentafsiran al-Quran.
Pentafsiran Quraish dalam buku ini telah dianalisis dengan kemas melalui penggunaan gaya bahasa yang mudah difahami sebagai rujukan para ilmuwan dan pencerahan ilmu kepada pembaca. Saranan penulis yang termuat pada halaman akhir buku ini jelas menunjukkan usaha untuk merancakkan tradisi dan kegemilangan perbahasan ilmu tafsir melalui penghasilan karya-karya ilmiah perlu diteruskan oleh para ilmuwan masa kini dan mendatang.

Usually dispatched in 2 to 3 days
Safe & secure checkout
Category:

Additional information

Weight 0.591 kg
Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    ×