
Matlamat Pembangunan Mampan Perspektif Malaysia Siri 2
RM39.00
Buku Matlamat Pembangunan Mampan: Perspektif Malaysia Siri 2 menghimpunkan pelbagai pandangan, penyelidikan dan pengalaman tempatan dalam usaha merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs) di Malaysia. Kandungan buku ini memperincikan Matlamat Pembangunan Mampan (MPM) yang pertama sehingga MPM ke-5 sehingga MPM ke-8 yang memfokus kepada isu-isu kesamarataan jantina dan memperkasa golongan wanita, pengurusan air dan sanitasi, penghasilan tenaga berpatutan, yang dipercayai, dan moden, serta pekerjaan yang produktif, dan sesuai kepada semua golongan masyarakat yang tunjang kepada kemajuan dan pembangunan mampan negara. Kandungan buku ini memperincikan bagaimana setiap matlamat diterjemahkan dalam konteks pembangunan negara, dengan mengambil kira dimensi sosial, ekonomi dan alam sekitar yang saling berkait.
Setiap bab ditulis oleh penulis yang terdiri dari pensyarah, penyelidik, dan pegawai penyelidik dengan pelbagai bidang kepakaran daripada universiti-universiti terkemuka di Malaysia yang menonjolkan pendekatan interdisiplin serta pengalaman sebenar pelaksanaan SDGs di peringkat komuniti, institusi dan dasar negara. Buku ini bukan sahaja berfungsi sebagai rujukan ilmiah, tetapi juga sebagai bahan bacaan yang membuka minda tentang bagaimana Malaysia menyesuaikan aspirasi global Agenda 2030 dengan realiti tempatan. Gaya penulisannya yang jelas dan mudah difahami menjadikan buku ini sesuai untuk pelajar universiti, penyelidik, pembuat dasar, serta masyarakat umum yang berminat terhadap pembangunan mampan dan masa depan lestari negara.
Additional information
| Weight | 0.5 kg |
|---|---|
| Dimensions | 16.5 × 24 × 5 cm |


Reviews
There are no reviews yet.