Penulisan Sorotan Kajian Dengan Kaedah Matriks
Original price was: RM56.00.RM44.80Current price is: RM44.80.
Buku Penulisan Sorotan Kajian dengan Kaedah Matriks memberikan tumpuan terhadap kaedah matriks dalam penulisan sorotan kajian. Dalam proses membahaskan kajian-kajian lepas, pelajar menghadapi cabaran dalam mencari sumber jurnal berilmiah , ketidakpastian dalam pemilihan maklumat yang tepat daripada kajian yang dibaca, tidak dapat mengenal pasti jurang kajian dalam konteks kajian sendiri, dan tidak dapat menulis sorotan kajian yang kemas dalam tesis. Hal ini demikian kerana, mereka perlu mengkritik kajian-kajian lepas untuk menunjukkan keaslian kepada kajian sendiri supaya dapat mencerminkan kesarjanaan dalam bidang penyelidikan. Sehubungan dengan itu, kaedah matriks memudahkan proses penulisan sorotan dengan pembahagian aspek-aspek tertentu yang perlu ditekankan dalam mencari maklumat daripada sumber sorotan. Dalam pada itu, Penulisan Sorotan Kajian dengan Kaedah Matriks dapat membantu semua pelajar kolej dan universiti dalam menulis sorotan kajian bidang linguistik dengan cara tersusun dan bersistematik.
Additional information
| Weight | 0.3 kg |
|---|---|
| Dimensions | 25 × 17 × 3 cm |



