UPM Press, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang Selangor
Add to Wishlist
Sale

Perbezaan Karakter dan Tingkah Laku Berbahasa Generasi X dan Y

Original price was: RM56.00.Current price is: RM44.80.

Setiap generasi adalah berbeza. Generasi X dan Y didapati berbeza dari segi karakter, tingkah laku berbahasa, saluran komunikasi pilihan, kecekapan berkomunikasi, idea, pendekatan bekerja, dan pegangan nilai dan norma budaya. Perbezaan ini telah menyebabkan terjadinya jurang generasi dan jurang komuikasi dalam kalangan Generasi X dan Y. Generasi X didapati kurang setia, mengharapkan kenaikan pangkat lebih awal dan kurang cenderung menjadikan pekerjaan sebagai aset kehidupan yang penting. Generasi Y yang merupakan kohort generasi pertama berdepan dengan ledakan “teknologi maklumat digital” dikatakan tidak mempercayai organisasi, tetapi mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya.
Perbezaan generasi ini telah meletakkan pihak majikan dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di sesebuah institusi dan organisasi dalam keadaan yang sukar. Mereka perlu memahami dan menghormati perbezaan generasi untuk membina organisasi multigenerational yang berjaya. Mereka juga bertanggungjawab untuk menjamin keharmonian bekerja dalam kalangan pekerja pelbagai generasi. Justeru, melalui penerapan Lima Prinsip Perbezaan Tingkah Laku Berbahasa (PPTLB) dan Lima Prinsip Tingkah Laku Berbahasa dan Komunikasi (PTLBK), komunikasi yang berkesan dapat dipraktik demi mencapai keharmonian dan merapatkan hubungan sosial dalam kalangan ahli institusi dan organisasi.

Usually dispatched in 2 to 3 days
Safe & secure checkout

Additional information

ISBN

978-967-2395-72-0

Muka surat

228

Penulis

Zaitul Azma Zainon Hamzah

Tahun

2020

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Shop
    ×